Photobucket





Photobucket

Asyraf Naser Ba'arfan

TWENTY-ONE

First Cried On The 25thMay1987
(27th Ramadan)

Nickname:CooLiO.Asyruff.Shruffie

❤Islam❤

❤Friendster❤

❤FaceBook❤

❤Shutterfly❤

❤Al_Quran❤


E-mail Me At linkinasy@live.com

Photobucket


Track 01: The Endless

Track 02: The Lost Pieces Of Our Love.[Part1]

Track 03: Desperate Endings

Track 04: The Lost Pieces Of Our Love.[Part2]

Track 05: Goodbye and Die [Written By Annisa]

Track 06: The Great Misteria [Written By Amylina]

Track 07: Sweet Sacrafice

Track 08: Black Rose(Piano Solo)[Written By Sheila]

Track 09: Untitled



aim


License

GPA 2.5

I GOT MY BLOG BACK

TuitionJob

CrumplerBag

SamsungTouch

RiverIslandSmartShirt

StudyTable

Office Chair

Zara Shoes

TopMan Skinny

Addidas Predator

AudioTechnic Headset

Zara Smart Jacket

Arab Language

Scrambler



Photobucket


Photobucket


|☆☆☆CahayaMukmin☆☆☆|

|☆☆☆|Mistikus Cinta|☆☆☆|

|☆☆☆|Solat Location|☆☆☆|

|☆☆|Search Engines|☆☆|


|☆☆|CousinEzza|☆☆|

|☆☆|CousinAidah|☆☆|

|☆☆|dJDuLo|☆☆|

|☆☆|HafizRonaldo7|☆☆|

|☆☆|Harry|☆☆|

|☆☆|Lyna|☆☆|

|☆☆|Ayu|☆☆|

|☆☆|Yani|☆☆|

|☆☆|Nadzirah|☆☆|

|☆☆|Azie|☆☆|

|☆☆|Fashihah Afba|☆☆|

|☆☆|YessieLee|☆☆|

|☆☆|Kaytee|☆☆|

|☆☆|YohanisGoh|☆☆|

|★|Nadine|★|

|☆★|Ifah|☆★|

|MyVeryFasionableFriend|


☆ChiliPadi☆

☆Terror5☆

☆ Zara ☆

☆RiverIsland ☆

☆Pull&Bear ☆

☆Topman☆

☆Crumpler ☆

☆Ayat-Ayat Cinta☆

Photobucket UnforgivenCurse

  • haslin(vocals/songwritter)
  • amylina(lead guitarist)
  • asyraf(rhythem guitarist)
  • hazwan(bassist)
  • sheila(keyboardist/songwritter)
  • zulkifli(drummer)
    p align="center">Web Site Counter
    Free Counter



    Wednesday, 17 September 2008


    Kisah seseorang Coptic Christian yang baru masuk agama Islam. Dia bermimpi yang dia tidak dapat diizinkan masuk ke dalam syurga. Mengadu kesedihan kepada suaminya yang ada di sisinya.

    "Tolong aku!! Aku sedih sekali!"

    "Kenapa sedih?"

    "Aku sedih tak diizinkan masuk ke syurga! Aku telah sampai di depan pintu syurga, tapi aku tidak boleh masuk!" ulangnya.

    "Kenapa?"

    "Katanya aku tidak termasuk golongan mereka. Pintu-pintu itu tertutup bagiku. Aku meronta-ronta. Aku menangis sepuas-puasnya."

    "Aku sunnguh tidak mengerti dengan apa yang kau alami, sayangku. Tapi bagaimana mulanya kau boleh sampai di sana?" tanya suaminya.

    "Aku tidak tahu awal mulanya bagaimana. Tiba-tiba saja aku berada dalam alam yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Dari kejauhan aku melihat istana megah hijau bersinar-sinar.Aku datang ke sana. Aku belum pernah melihat bangunan istana yang luasnya tidak terkira, dan indahnya tidak pernah terfikir dalam benak manusia. Luar biasa indahnya. Ia memiliki banyak pintu. Dari jarak sangat jauh aku telah mencium wanginya. Aku melihat banyak sekali manusia berpakaian indah satu persatu masuk ke dalamnya melalui sebuah pintu yang tiada terbayangkan indahnya."

    "Kepada mereka aku bertanya: "Istana yang luar biasa indahnya ini apa?" Meraka menjawab: "Ini syurga!" Hatiku bergetar. Dari pintu yang terbuka itu aku boleh sedikit melihat apa di dalamnya. Sangat menakjubkan. Tak ada kata-kata yang dapat digambarkan. Tak ada fikiran yang mampu melukiskan. Aku sangat tertarik maka aku ikut barisan orang-orang yang satu persatu masuk ke dalamnya. Ketika kakiku mahu melangkah masuk,seorang penjaga dengan senyum menawan berkata padaku: " Maaf, anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini "Babush Shalat". Pintu khusus untuk orang-orang yang bersolat. Dan anda tidak termasuk golongan mereka!" Aku sangat kecewa.
    "Aku lalu berjalan ke sebelah lain. Di sana ada pintu yang juga sedang penuh dimasuki anak manusia berpakaian indah. Aku mahu ikot masuk.Seorang penjaga yang ramah berkata: "Maaf, anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini namanya "Babur Rayyam". Pintu khusus untuk orang-orang yang berpuasa. Anda tidak termasuk golongan mereka!"

    "Aku sangat sedih sekali. Hatiku kecewa luar biasa."

    "Aku melihat di kejauhan masih ada pintu. Aku berjalan ke sana dengan harapan dapat masuk melalui pintu itu. Namun ketika hendak masuk seorang penjaga yang wajahnya bercahaya berkata : "Maaf, anda tidak boleh masuk melalui pintu ini. Ini "Babuz Zakat". Pintu khusus untuk orang-orang yang menunaikan zakat. Anda bukanlah golongan mereka."

    "Ada banyak pintu. Dan setiap kali aku hendak masuk selalunya dicegah penjaganya."

    "Sampai ke pintu terakhir namanya "Babut Taubah". Aku juga tidak boleh masuk. Kerana itu khusus orang-orang yang taubatnya diterima Allah. Dan aku tidak termasuk dari golongan mereka. Aku kembali ke pintu-pintu sebelumnya. Semuanya tertutup rapat. Orang-orang sudah masuk kesemuanya. Hanya aku sendirian di luar. Aku mengetuk-ngetuk pintu bernama Babur Rahmah. Tak ada yang membuka."

    "Aku hanya mendengar suara: "Jika kau memang penghuni syurga kau tidak perlu mengetuknya kerana kau pasti mempunyai kuncinya. Bukalah pintu-pintu itu dengan kunci syurga yang kau miliki!"

    "Aku mengangis sepuas-puasnya. Aku tidak memiliki kuncinya!! Aku berjalan dari satu pintu ke pintu yang lain dengan airmata menitis sepanjang jalan. Aku putus asa. Aku tergugu di depan "Babur Rahmah". Aku mengharu biru pada Tuhan. Aku ingin menarik belas kasihNya dengan membaca ayat-ayat suciNya. Yang kuhafal adalah surah Maryam yang tertera di dalam Al-Quran. Dengan mengharu biru aku membacanya penuh penghayatan."

    "Selesai membaca surah Maryam aku tersukan dengan surah Thaha. Sampai ke ayat sembilan puluh sembilan aku berhenti kerana Babur Rahmah terbuka perlahan. Seorang perempuan yang luar biasa anggun dah kesuciannya keluar mendekatiku dan berkata :

    " Aku Maryam. Yang baru saja kau sebut dalam ayat-ayat suci yang kau baca. Aku diutus oleh Allah untuk menemuimu. Dia mendengar haru biru tangismu. Apa yang kau mahu?"

    "Aku ingin masuk syurga. Bolehkah?"

    "Boleh" jawap Maryam.

    "Syurga memang diperuntukkan bagi semua hambaNya. Tapi kau harus tahu kuncinya?"

    "Apa itu kuncinya?" aku bertanya.

    "Nabi pilihan Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkannya berulang-ulang. Apakah kau tidak mengetahuinya?"

    "Aku tidak mengikuti ajarannya."

    "Itu salahmu." Jawap Maryam dengan tegas.

    "Kau tidak akan mendapat kunci itu selama kau tidak mahu tunduk penuh ikhlas mengikuti ajaran Nabi yang paling dikasihi Allah ini. Aku sebenarnya datang untuk memberitahu kepadamu kunci masuk syurga. Tapi kerana kau sudah menjaga jarak dengan Muhammad Shallallhu 'alaihi wasallam, maka aku tidak diperkenankan untuk memberitahukan padamu."

    "Bonda Maryam lalu membalikkan badan dah hendak pergi. Aku terus memeluknya dah bersimpuh di kakinya. Aku menangis tersedu-sedu. Ku memohon agar diberitahu kunci syurga itu."

    "Akhirnya hati Bonda Maryam luluh. Dia duduk dan menggosok-gosok kepalaku dengan penuh kasi sayang."

    "Dia berkata : "Kamu dengarkan baik-baik!! Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah memberi petunjuk mengenai kunci masuk syurga itu. Dia bersabda : Barangsiapa berwudhu dengan baik, kemudian mengucap : Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh [Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hambad dan utusanNya], maka akan dibukakan delapan pintu surga untuknya dan dia boleh masuk pintu yang mana ia suka!! [Hadith riwayat Imam Muslim]

    "Maryam tersenyum melihatku. Aku lalu tunduk kepalaku dan memikirkan apa yang dikatakannya tadi."

    "Jika kau ingin masuk syurga, lakukanlah apa yang diajarkan oleh Nabi pilihan Allah itu. Dia Nabi yang tidak pernah bohong, dia Nabi yang semua ucapannya benar. Itulah kunci syurga! Dan ingatla, kau harus melakukannya dengan sepenuh keimanan dalam hati, bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah."

    "Tampa keimanan itu, yang kau lakukan itu sia-sia sahaja.Sekarang bangunla!! Pergi ambil berwudhu. Dan cepat kembali kemari, aku akan menunggumu di sini. Kita nanti boleh masuk bersama. Aku akan membawamu ke syurga Firdaus, tempat para anbiya, syuhada, shalihiin, dah orang-orang yang dimuliakan Tuhannya!"
    Dia terus mengambil wudhu dan suaminya langsung mengajar isterinya bersolat dengannya.
    Dan bila imam memberi salam,
    "Assalamu'alaikum warahmatullah.Assalamu'alaikum warahmatullah."
    Di kembalikanya dia balek menemui Maryam dan mereka berdua memasuki syurga yang dibina untuk mereka.
    "Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah."
    [Ya Allah, aku mohon redhaMu dan syurgaMu. Amin] =)

     
     


    CooLioOwt
    0 replies